Program Amal - Agihan Tamar


KUALA LUMPUR, 18 Ogos 2011 - Pekida Malaysia buat julung kalinya telah mangadakan program edaran buah kurma di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Program yang dinamakan "Program Amal - Agihan Tamar" ini dijalankan pada 18hb hingga 19hb Ramadan 1432H. Bersempena dengan bulan Ramadan Al-Mubarak yang mulia ini, Pekida Malaysia ingin turut serta merasai kelebihan bersedekah sepertimana yang telah dijanjikan oleh Allah SWT.

Menurut Pengarah Program, Murtadza Zaim @ www.facebook.com/encikjay, di antara agensi yang dipilih menjadi lokasi edaran adalah RTM, PDRM Bukit Aman, Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kumpulan Utusan, Kumpulan Karangkraf, Bernama, Astro, JAIS, Rapid KL, Celcom serta beberapa stesen LRT terpilih sekitar Kuala Lumpur.

Program yang ditaja oleh syarikat hakmilik Bumiputera (Buraq Oil) ini dilihat sebagai satu titik permulaan dalam membina kesedaran umum ke arah kebesaran bersedekah di bulan Ramadhan Al-Mubarak. Dianggarkan hampir 300 kilogram buah kurma yang diimport dari negara Iran telah dipaketkan menggunakan kotak khas (pocket size).

Tambah beliau, Pekida sebelum ini sering menganjurkan program-program yang berfokuskan kepentingan ahli, namun program amal seperti ini dapat memberi peluang kepada Pekida bagi mendekati, seterusnya memupuk perpaduan masyarakat Islam ke arah yang lebih positif.

Program anjuran Sekretariat Pekida Malaysia (Pejabat Setiausaha Agung) ini melibatkan 30 orang petugas yang ianya diharap agar dapat diteruskan pada masa hadapan. Insyaallah

Gambar penuh di: www.facebook.com/media/set/?set=a.10150289338249190.352353.139457334189