Malam Nifsu Sya'ban & Doa Kesyukuran Facebook Pekida Malaysia


DAMANSARA, 16 Julai 2011 - Sekretariat Pekida Malaysia (Pejabat Setiausaha Agung Pekida Malaysia) telah mengadakan Majlis Bacaan Yasin sempena Malam Nifsu Sya'ban & Doa Kesyukuran keatas peningkatan laman Facebook Pekida Malaysia mencecah 100,000 (Fans).

Majlis yang dijalankan secara sederhana ini, telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Zain Ghazali selaku Setiausaha Agung Pekida Malaysia. Lebih 30 orang termasuk ahli keluarga petugas pejabat Sekretariat telah bersama-sama meluangkan masa bagi meraikan kelebihan serta keberkatan bulan Sya'ban ini.

Sekretariat Pekida Malaysia juga telah mengumumkan pelancaran "Pelekat Kenderaan - Keluaran Terhad" yang dikeluarkan secara TERHAD sebagai tanda penghargaan kepada semua ahli-ahli Pekida yang sentiasa menyokong pembangunan Facebook Pekida Malaysia ini. Edaran "Pelekat Kenderaan - Keluaran Terhad" tersebut telah pun dibuat ke seluruh negeri sejak 2 minggu yang lepas, namun ahli-ahli Pekida masih boleh mendapatkan "Pelekat Kenderaan - Keluaran Terhad" tersebut melalui Facebook Pekida Malaysia.

Sila rujuk gambar di http://www.facebook.com/photo.php?fbid=10150255733389190 untuk kaedah permohonan "Pelekat Kenderaan - Keluaran Terhad"